spacer
spacer
 
Hologram Stickers Info
ISRC Info
Music and the Internet
Login Form





Lost Password?


Career


PPM

AIM

 
 



  Home



Kenyataan Media RIM 27 May 2015 - Pusat Hiburan Karaoke di Johor Bahru diserbu Penguatkuasa Print E-mail
Friday, 29 May 2015
 

KENYATAAN MEDIA

 

 PUSAT HIBURAN KARAOKE DI JOHOR BAHRU DISERBU PENGUATKUASA

 

 

27 Mei 2015, Johor Bahru – Sepasukan 8 pegawai penguatkuasa dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menjalankan serbuan ke atas sebuah pusat karaoke di Johor Bahru semalam atas kesalahan penggunaan secara haram rakamanrakaman bunyi, muzik video dan/atau karaoke milik ahli-ahli Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM). Pegawai penguatkuasa KPDNKK turut disertai oleh pegawai dari RIM, selaku ahli Pasukan Khas Membanteras Cetak Rompak yang ditubuhkan di bawah pihak Kementerian.

 

Dalam serbuan yang bermula dari jam 6.00 petang pada Selasa, para pegawai telah menyita pelbagai peralatan elektronik bernilai RM50,000 termasuk 2 server, 5 CPU, 3 set televisyen, 3 monitor skrin sesentuh, 3 mikrofon, 3 amplifier, 2 monitor komputer, 6 pembesar suara, 4 set kabel dan 2 komputer. Pusat tersebut juga didapati memiliki 176,000 rakaman tidak dilesenkan yang digunakan oleh mereka khas untuk tujuan hiburan yang mengandungi lagu-lagu hit tempatan dan antarabangsa milik/di bawah jagaan ahli-ahli RIM.

Menurut Encik Ramani Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif RIM, “RIM melihat kerjasamanya dalam penguatkuasaan serbuan ini sebagai satu bentuk sokongan atas usaha kerajaan untuk membanteras cetak rompak oleh pengguna komersial yang menggunakan salinan/bahan-bahan yang melanggarhak dalam perniagaan mereka”.


“Bagi memelihara dan melindungi hak ahli-ahli RIM dari pelanggaran terang-terangan seperti ini, RIM telah dan akan terus membuat aduan terhadap pusat-pusat hiburan yang menggunakan salinan rakaman muzik yang melanggarhak sebegini dalam perniagaan mereka,” tambah Ramani.


Jika terbukti bahawa rakaman yang digunakan oleh pusat tersebut telah melanggar hak, pemilik pusat itu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41(1) Akta Hak Cipta, 1987, kerana memiliki salinan karya-karya hak cipta yang telah dibuat dan/atau diterbitkan semula tanpa pemberikuasaan, persetujuan atau kebenaran oleh pemilik hak cipta selain dari kegunaan persendirian dan domestik. Hukuman minimum bagi Seksyen 41(1) dalam Akta tersebut ialah denda sebanyak RM2,000 bagi setiap salinan dan/atau penjara bagi tempoh tidak kurang dari 5 tahun atau kedua-duanya sekali.


Ramani menganggarkan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh industri dari pusat ini sahaja ialah lebih dari RM0.5 juta.

Di Malaysia, rakaman yang dimiliki oleh ahli-ahli RIM boleh dilesenkan untuk penggunaan komersial melalui Public Performance Malaysia Sdn. Bhd. (PPM), sebuah badan pelesenan yang dimiliki sepenuhnya oleh RIM. PPM ditubuhkan pada tahun 1988 dan telah diperakui sebagai sebuah badan pelesenan di bawah Akta Hak Cipta 1987. Tugas PPM adalah untuk mengeluarkan lesen dan membuat kutipan royalti untuk penggunaan di tempat awam, pengeluaran semula, penyiaran dan penyewaan komersial bagi pihak ahli-ahli RIM.

 

 ~ The End ~

 

Dikeluarkan bagi pihak Persatuan Industri Rakaman Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila

   hubungi:

    Shahlini T.Arasu

-         This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it (e)

        012-334 3042 (m) 

Sent on behalf of Starfield Enhance (M) Sdn Bhd. For more information, please contact:

Shahlini T.Arasu, Managing Consultant, Quotes Communications

 

·         This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

·         012-334 3042

 

 

 
 
< Prev   Next >
spacer
 
spacer