spacer
spacer
 
Hologram Stickers Info
ISRC Info
Login Form





Lost Password?


 
 


  Home



Denda RM56j miliki lagu cetak rompak Print E-mail
Friday, 22 January 2010

                                                                                                                        Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Tidak masuk akal! Tetapi itulah hakikat akibat memiliki 28,353 koleksi lagu cetak rompak boleh dikenakan denda sebanyak RM56 juta oleh mahkamah jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 41(1) Akta Hakcipta 1987.

Perkara berkenaan membuatkan seorang pemilik pusat karaoke tersentak apabila diberitahu dia akan berdepan dengan hukuman itu selepas serbuan yang dilakukan ke atas premisnya oleh sepasukan Unit Khas Hakcipta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur di Taman Tasik Permaisuri tiga hari lalu.

Serbuan yang diketuai Pegawai Hakcipta, Octavia Maisi ke premis berkenaan menemui 15 unit karaoke yang boleh memuatkan empat orang setiap sesi, mendapati pemilik premis gagal membayar royalti kepada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) sebanyak RM3 bagi satu lagu yang digunakan selama setahun.:

Ketua Penguat kuasa KPDNKK Kuala Lumpur, Othman Nawang berkata, pemeriksaan mendapati hanya tujuh daripadanya beroperasi dan selebihnya dalam proses baik pulih oleh pemilik.

"Kita mendapati semua lagu yang digunakan adalah cetak rompak dan menggunakan sistem pelayan (server) dalaman," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, dalam serbuan berkenaan, KPDNKK menahan dua lelaki dipercayai pekerja pusat terbabit, bagaimanapun dia dibebaskan selepas keterangan dirakamkan.

"Premis berkenaan menawarkan perkhidmatan hiburan kepada pelanggan dengan kadar RM10 selama satu jam, sebaliknya pelanggan boleh juga menyanyi dengan kadar RM1 bagi satu lagu. Ketika serbuan hanya satu unit digunakan pelanggan," katanya.  
 
< Prev   Next >
spacer
 
spacer